Saturday, February 20, 2010

SPA KASIH ANANA..... Cantik dimata.... Cantik dihati

















Selamat datang ke Spa Kasih Anana.

Salon Norz Beauty House Sdn Bhd (NBHSB) yang telah diasaskan oleh Y Bhg Datin Norsiah Haji Mahadi, ditubuhkan pada 12 Mei 1999 bagi memenuhi keperluan pasaran di dalam bidang kecantikan.

Salon kecantikan ini ditubuhkan sesuai dengan kehendak kaum wanita masa kini yang amat mementingkan kecantikan dan penampilan diri.

Salon NBHSB adalah sebuah pusat kecantikan antara yang paling lengkap di Kuala Lumpur dan menawarkan pelbagai jenis rawatan kecantikan khusus untuk kaum wanita.

Sebarang maklumbalas dari anda amat kami hargai.

Friday, February 19, 2010

Set NC Resdung

Set NC Resdung
Resdung adalah masalah yang dihadapi oleh ramai orang. Terdapat beberapa tanda anda kemungkinan mengalami masalah Resdung :
  • hidung anda sering berhingus
  • berkahak
  • hidung gatal-gatal
  • kerap bersin (terutamanya pada waktu pagi)
  • nafas berbau
  • mata yang selalu gatal & berair
  • tidur berdengkur yang kronik
  • tidak sedap badan
  • letih dan berasa sakit kepala pada waktu pagi
Resdung jika tidak dirawat , penghidapnya akan mudah untuk menghidapi penyakit yang lebih serius seperti TB dan sebagainya.

Set NC Resdung ini dapat membantu anda mengatasi masalah resdung.

NC Sabun Resdung


Produk ini dapat mengurangkan resdung, membersihkan muka dan juga mengurangkan jerawat. Ia mengandungi antiseptik yang dapat mematikan kuman dan memberi kesegaran pada kulit supaya kulit kelihatan berseri dan segar.

Cara pemakaian : Buihkan Sabun Resdung dan cucikan ke seluruh muka. Bilas dan keringkan dengan tuala bersih. Jika memakai Cleansing Milk sebelum itu, pastikan tangan bersih sebelum menggunakan Sabun Resdung.


NC Toner Resdung


Produk ini dapat menutup liang pori. Ia mempunyai antiseptik yang dapat mematikan kuman dan mengurangkan resdung. Kulit akan kelihatan berseri dengan penggunaan yang berterusan.

Cara pemakaian:
Basahkan kapas muka dengan NC Toner Resdung dan sapukan dengan rata ke seluruh wajah. Biarkan sehingga kering bagi kesegaran yang memuaskan.


NC Bedak Sejuk Resdung


Bertindak sebagai pelembap muka. Sesuai digunakan bagi anda yang mengalami masalah seperti jerawat, jerawat batu, bintik hitam, jeragat dan kulit muka berminyak. Dengan penggunaan yang kerap, kulit anda akan lebih licin dan halus.

Cara pemakaian:
Goncangkan botol terlebih dahulu. Kemudian tuangkan pada kapas muka dan tekapkan pada tempat yang berjerawat sahaja. Biarkan ia kering semalaman.


NC Kain Resdung


Produk ini adalah rumusan dari lemak kelapa sawit dan ekstrak herba resdung bagi mengeluarkan dan mematikan hama.

Cara pemakaian:
Gulung Kain Resdung menjadi bentuk kon. Setelah itu , bakar Kain Resdung dam aspkan ke muka.


NC Masker Resdung


Mengandungi kandungan Guava Leaf Extract yang boleh mematikan kuman dan mengurangkan resdung. Ia juga dapat menegang, mencerah dan menyegarkan kulit muka.

Cara pemakaian:
Ratakan masler ke seluruh muka. Tebalkan pada mata jerawat. Boleh digunakan pada waktu pagi dan malam.
** Elakkan dari terkena mata
**Gunakan Masker Resdung seminggu sekali untuk mendapatkan kesan yang diingini.


NC Minyak Resdung


Diperbuat dari bunga cengkih, kelapa dan bunga aura. Mengurang dan mengatasi masalah selesema, bersin, hidung, mata dan telinga gatal/berbau. Ia juga dapat menbantu mengatasi masalah telinga bernanah.

Cara pemakaian:
Sapukan NC Minyak Resdung pada tempat bermasalah.
**Arahan pemakaian minyak resdung terdapat pada label di belakang botol.


NC Kapsul Resdung


Dirumus khas bagi mengatasi masalah resdung, hidung berair, bersin, selsema, gatal kulit, sakit kepala, masalah jerawat dan juga jerawat batu.

Cara pemakaian:
Kapsul ini diambil selepas makan. 2 biji, 2 kali sehari.
**Arahan pengambilan kapsul
terdapat pada label di belakang botol.

Set NC Jerawat

Set NC Jerawat

Facial Soap for Acne & Pimples Skin


Mengandungi vitamin A, C dan E untuk membantu mematikan jerawat, melicin dan menggebukan kulit muka.

Cara pemakaian :
Buihkan Facial Soap for Acne & Pimples Skin dan cucikan ke seluruh wajah. Bilas dan keringkan dengan tuala bersih.


Acne & Pimples Skin Toner


Mematikan kuman dan melindungi kulit muka dari sinaran matahari. Menutup liang pori yang terbuka selepas mencuci muka. Mengimbangkan kandungan air dan kesegaran pada kulit muka.

Cara pemakaian:
Basahkan kapas muka dengan Acne & Pimples Skin Toner dan sapukan dengan rata ke seluruh wajah. Biarkan sehingga kering bagi kesegaran yang memuaskan.


Acne & Pimples Lotion


Mengandungi antiseptik yang dapat mematikan kuman dan mengecutkan jerawat dan juga mengimbangi kandungan air dalam kulit muka.Selain itu, kandungan menthol di dalamnya memberi kesegaran semulajadi pada kulit muka yang kusam akibat jerawat.

Cara pemakaian:
Goncangkan botol terlebih dahulu. Kemudian tuangkan pada kapas muka dan tekapkan pada tempat yang berjerawat sahaja. Biarkan ia kering semalaman.


Masker for Oily Skin


Masker for Oily Skin dapat mengimbangi dan mengelakkan pengeluaran minyak yang berlebihan pada muka. Ia juga dapat mengurangkan dan mematikan black head, white head, jerawat dan juga dapat menegangkan kulit muka.

Cara pemakaian:
Masker for OIly Skin dan Acne & Pimples Toner dicampurkan dan kacau sehingga sekata. Sapukan campuran ke seluruh muka dengan menggunakan berus masker. Biarkan sehingga kering. Bilas muka dan gunakan Acne & Pimples Toner atau Acne & Pimples Lotion.

**Masker hanya digunakan sekali dalam seminggu.